Click here for Myspace Layouts

Sunday, 29 April 2012

BERSIH

Hari tu, hari Jumaat, pergi Riadah dengan family kat UUM.. saja2..luangkan masa bersama..  sampai dekat UUM tu.. aqilah, umi and ayah jogging la.. and yg len tu men badminton dulu baru gi jogging..
best sangat..bahagia sngat hari tu.. sesampai je aqilah kat kete.. rest jap.. dah rest2 tu smbng plak men badminton dengan umi adn ayah.. main baminton dalam 5-10 minit adik2 mintak nak gi masuk nak swimming.. along, umi and Ainul pi gim (hahaha!!)..ntah tetibe..

 ayah bawak gi dataran kawad!! nak DRIVE kete!! owh!! argh..hati rasa ..best..takut..takut langgar.. first time kot!! keta naza plak tu.. ok.. apa bila tgn mula menukarkan P ke N..hati berasa sngt syok!! n apalagi?? tekan minyak!! haha.. n ayah ckap jgn tkan minyak lagi..wakaka.. dan akhir nya.. Alhamdulillah..berjaya jugak bawak.. tapi ada la jugak part2 yg nak terlanggar tu.. penat gak noh bawak keta.. kaki sakit!!

Ha... melalut pulak.. owang nak citer BERSIH gi citer pasai family lakk. x pa.. sbagai intro x??  what ever lah.. ok nak tnya la korang. perlukah BERSIH ni sepatutnya?? walaupun saya ni masih kecil lagi (kecil lagikah awak) x patut cakap pasal benda2 alah mcam ni.. tapi saya sebagai rakyat Malaysia ada hak untuk nak cakap pasal benda nih.. hm. bagi aqilah kan.. aqilah bukan sokong sapa2.. bersih ada kelemahan dan kelbihan.. and kerajaan pon ada kekurangan dan ada kelebihan yg tersendirinya..

tapi yg geram nye la kan.. waktu BERSIH 3.0 tu.. ada ke patut dilanggarnya polis orang awam?? x dak berperi kemanusian ke apa?? dah tau kata orang ramai sesak.. yg pi speed up kelajuan keta tu pasai pa?? cuba pikir logik skit.. mmg la mentri ada gtaw arytu dlm tv.. "..polis akan bertindak mengikut situasi.." tapi ni melampaui batas ni.. geram tau dak.. nah video aqilah kasi..

nilai la sendiri ye.. :)

pastu..peseta BERSIH.. kan dah diberi arahan untuk bersurai.. knapa la korang ikut kan hawa nafsu snagat?? diorang kat kita kna sampai Dataran Merdeka la.. pastu sorak.. "..datarn merdeka!!..'' ish  x tahu la nakckap mcm mana lagi dah.. skang ni.. politik x pernah BERSIH kan??.. pikir la ..

Friday, 30 March 2012

Kerana Si Dia, allah dipersia

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi dapat juga blog ni setelah lama x membukanya. Sbnar nya tajuk ni nak letak hari valentine ari tu.. tapi x berkesempatan.. maaf sangat..

Apa khabar IMAN?? Adakah masih teguh di janlan Allah?? alhamdulillah.. ataupun sudah terpesong dari landasan-NYA?? Na'uzubillah hi minzalik.. kali ni nak citer pasala cinta.. tapi Aqilah ringkaskan dari buku SOLUSI isu no.36 dari pengarang Fatimah Syarhah.

SMS, call, dan ber 'chatting' siang malam akhirnya mengheret si dara dan si teruna yang saling rindu merindu dan bercinta untuk ber 'dating'.

Allah dah melarang kepada kita untuk menghampiri zina sama ada dengan hati, lisan ataupun perbuatan, apatah lagi berzina. Ini kerana Allah nak jaga nasab keturunan manusia. Kalaulah Allah x menetapkan peraturan semua ni, tentu kita x tahu siapa bapa kita ataupun anak luar nikah. Na'zubillah min zalik. Tengok! betapa cantiknya Allah susun aturkab kepada manusia. Hanya tunggu kita bersyukur sahaja.

Apa yang korong faham tentang CINTA? Menurut Imam Ibn Qayyim al-Jawziyyah mencoret dalam catatanya - Rawdah al-Muhaibbin wa Nuzhah al-Mushtaqin - ( taman orang yang cinta dan rindu) bahawa ada lebih 60 istilah yang dikaitkan dengan cinta. Antaranya, al-Mahabbah (Kasih sayang), al-Tatayyum (perhambaan), al-Sabwah (Rindu yang cenderung kepada kebodohan), al-Ishq (asyik), al-Hawa' (keinginan) dan banyak lagi.

Korong semua tau, bahawa cinta yang teragung adalah cinta kepada Allah SWT. Semua perkara yang kita cintai mestilah bertunjangkan Allah. Tapi kenapa 'pengetahuan' yang ada tersebar ni still menyaksikan ramai manusia mensia-siakan peraturan cinta oleh-NYA?? Ini kerana manusia sering tahu secara tepat tetapi tidak memahami dengan jelas.

1. Adakalanya cinta menjadi seperti singa dan pedang, berkuasa, mulia dan gah di tangan pejuang. Inilah cinta yang Allah redha iaitu cinta kepada Allah, Rasulullah, ilmu, keluarga, perjuangan dan sewaktu dengannya..

2. Adakalanya cinta menjadi bencana besar. mengundang 1001 akibat sengsara, derita dan penyesalan.

3.Adakalnya juga cinta menjadi seperti arak yang memabukkan. Khayal dan tenggelam.

Rasa minat, kagum, rindu, teringat, suka, cinta dab sayang kepada seseorang ialah fitra semula jadi setiap insan. Tiada siapa pun terkecuali. Itu petanda seseorang itu normal dan sihat. Fitrah ini akan tetap fitrah apabila dihiasi dengan istighfar dan mujahadah (bersungguh2).

Hati ini kena sentiasa berhati-hati dengan memperbanyakan istighfar. Takut-takut nanti rasa suka, cinta dan sayang yang suci itu akan terheret menjadi rasa ingin selalu berbalas SMS, call dan kerap berjumpa.

Cara untuk memohon keampunan dari Allah ada beberapa cara. antaranya:

1. memohon keampunan
2. Beristighfar
3. bertaubat kepada Allah sebanyak 100x setiap hari..

Hati menjadi raja kepada jasad boleh mengerakkan anggota badan untuk bertindak bertentangan dengan pandangan syariat Islam. Apabila lisan dan perbuatan mula melaksanakan arahan hati itu, ketika inilah fitrah boleh menjadi Fintnah.

Perkara yang diharamkan oleh Allah wajib tinggalkan. Demi cinta, segala-galanya menjadi 'halal' belaka. Kerana si dia, Allah di persia.

Adakah ini boleh membawa seseorang makin ingat kepada Allah ataupun sebaliknya makin lalai dengan Allah??
wallhu a'lam..

Friday, 2 March 2012

Check-Point Hidup Manusia

bertudung..Tapi Seksi??





Gadis Melayu kini ramai yang bertudung berbanding dengan dulu. Satu perkembangan yang bagus demi menjaga siasah rupa diri supaya lebih mencerminkan peribadi seorang Islam. Dulu ke sekolah pun kita memakai uniform yang “diwarisi” dari penjajah British. Maka yang lelaki berseluar pendek dan yang perempuan pula dengan gaun pendek. Mulai 1990-an uniform sekolah telah bertukar kepada seluar panjang bagi lelaki dan baju kurung dan bertudung untuk perempuan. Kemas dan sopan.
Tetapi pakaian bertudung mula bertukar menjadi fesyen selari dengan peredaran masa dan dunia yang semakin moden. Yang sedihnya ramai gadis Melayu “dijajah” semula oleh Barat dengan fesyen bertudung tetapi moden ini. Aku selalu perhatikan pemandangan yang tidak begitu indah ini sehingga aku bertanya pada diri sendiri, “kenapa ?”
1. Baju dan kain / seluarnya ketat, sendat dan terlalu seksa seksi
Baju kurung dan kebaya yang dipakai sangat jarang dan ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Begitu juga seluar, blouse dan T-shirt. Ramai yang dengan bangganya mendedahkan lurah dendam depan dan belakang. Bagi gadis remaja biasanya memakai jeans low cut sehingga menampakkan lurah semasa berjalan atau lebih tak sanggup untuk dilihat apabila membonceng motorsikal. Ditambah pula dengan kulit yang tak berapa licin dan berparut !
2. Tudung yang tidak dipakai dengan anak tudung sehingga nampak bayang rambut
Ini satu lagi fesyen yang aku tak faham. Bertudung tetapi rambut terkeluar di sana sini, bayang rambut yang diikat tocang jelas kelihatan. Ada juga yang ekor rambutnya terkeluar di bahagian belakang tudung.
3. Pertuturan yang lancang, ketawa mengilai
Adalah sesuatu yang memalukan apabila melihat gadis Melayu bertudung yang tidak menjaga tutur bicara. Jenaka lucah dan perkataan kesat jadi mainan dibibir, ketawanya mengilai bak pontianak.
4. Bertepuk bertampar dengan lelaki
Persahabatan antara lelaki dan perempuan tidak dilarang agama tetapi mestilah mengikut batas yang telah ditetapkan. Kalau sudah bertepuk bertampar dan bergurau senda seperti kawan sejenis, apa yang hendak dikata?
5. Bercumbu dan memadu kasih dikhalayak ramai
Ini antara sifat yang paling memalukan dan menjatuhkan maruah kita sebagai seorang Islam. Memang dalam perkara ini kaum lelaki juga bersalah kerana menjadi pasangan dalam aksi berahi bermadu kasih tanpa segan silu. Jika dibuat carian ‘gadis bertudung’ di Internet, hasilnya sudah pasti aksi-aksi kurang sopan dan seks yang dirakam secara rela atau tersembunyi.
Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan pendapat di atas. Tujuan aku bukanlah untuk mencari kekurangan gadis Melayu kerana aku sendiri punyai anak perempuan. Cuma rasa agak sedih dengan ciri-ciri gadis Melayu yang banyak lari dari adab susila Timur dan ajaran Islam. Cara berpakaian ini juga antara penyebab berlakunya jenayah seksual seperti cabul, rogol dan gangguan seksual. Wahai muslimah, janganlah digadai maruah demi kemodenan dan fesyen kerana yang rugi hanyalah diri sendiri.

Kisah Menyeramkan Ustaz di Bilik Mayat

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di sebuah hospital kerajaan di Selangor. Semoga dapat kita ambil iktibar dan tauladan.

Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.

Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam.

Gambar hiasan yang seram..
Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik mayat berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya;apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. 

Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.”Ustaz,” kata wanita itu. “Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya.” kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. “Betulkah ini mayat anak mak cik?” tanya saya. “Mak cik rasa betul… tapi kulitnya putih.” “Makcik lihatlah betul-betul.” kata saya. 

Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. “Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?” tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu.”Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini.” kata saya untuk menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, “Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi…” tambah wanita itu lagi “apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan.” kata wanita tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan saya.

Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam. Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang. Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. 

Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata,“Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang.”

Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, “Orang tua mana pula?” katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya, tuturannya serta pakaiannya. “Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi…. emaknya dah meninggal lima tahun lalu!” Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi ‘apakah’yang datang menemui saya pagi itu? Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah ‘sesuatu’ yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.

Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja, dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?

Wallahu’alam….

dicopy daripada:: busuk!!

Sunday, 15 January 2012

Tazkirah: Ambang Tahun Baru Detik-Detik Yang Tersisa. Segeralah Beramal!

Berbicaralah tentang dunia. Bertanyalah tentangnya. Maka jika engkau dituntun untuk menemukan jawaban yang hakiki, engkau akan dituntun pada satu jawaban. Bahwa ia –dunia itu- hanyalah bayangan yang tidak lama lagi akan hilang. Bahwa ia hanyalah setetes air bila dibandingkan lautan luas tak bertepi. Sebanyak apapun yang engkau rengkuh di sini, di dunia ini, maka ia hanya setetes. Oh, tidak. Bahkan kurang dari setetes. Karena setetes itu adalah untuk dunia seluruhnya, sementara engkau tak memiliki dunia seluruhnya. Hanya sepersekian dunia ini yang sanggup engkau nikmati.

Duhai, betapa celakanya engkau jika kau sangka dunia ini telah menjadi segala-galanya. Tidak, sahabat. Di sini, di tempat bernama dunia ini, tidak ada yang segala-galanya. Hanya manusia yang tak percaya keabadian akhirat yang akan menjadikan dunia ini segala-galanya. Ingatlah, dunia yang kau lihat gemerlap ini hanya bayangan. Hanya setetes air. Hanya beberapa nafas. Hanya beberapa tahun. Dan setelah itu, engkau akan memasuki gerbang keabadian. Di sana, -dengan limpahan RahmatNya padamu- hanya amalanmu yang akan menuntunmu menaiki anak-anak tangga kebahagiaan. Menuju surga, yang kenikmatannya tak pernah disaksikan oleh pandangan mata siapapun, tak pernah didengarkan oleh telinga siapapun jua dan tak pernah terbetik dalam pikiran dan hati makhluq manapun.

Tapi, di sinilah, di tempat bernama dunia inilah engkau menyemainya. Dunia ini adalah ladang akhiratmu. Di sinilah sumber kebahagiaan dan keberuntunganmu di akhirat. Hanya di sini engkau diizinkan olehNya untuk mengumpulkan bekal yang menguntungkanmu di sana. Di sinilah arena dan gelanggang para muttaqin, shiddiqin dan syuhada’ berlomba menuju ampunan Rabb mereka.

Hmm, kalau saja engkau tahu, dunia inilah yang selalu menjadi angan-angan para penduduk Surga dan para penghuni Neraka. Allah Ta’ala mengatakan tentang penghuni Neraka : “Dan jika kamu (Muhammad) melihat ketika mereka dihadapkan ke neraka, lalu mereka berkata : “Kiranya kami dikembalikan (ke dunia) dan tidak mendustakan ayat-ayat Tuhan kami serta menjadi orang-orang yang beriman”, (tentulah engkau –Muhammad- akan melihat suatu peristiwa yang memilukan.” (QS. 6 : 27)

Dalam ayat lain dikatakan : “Dan mereka (para penghuni neraka) itu berteriak di dalam neraka itu : “Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami (ke dunia), niscaya kami akan mengerjakan amal yang shaleh berbeda dengan dahulu telah kami kerjakan.” (QS. 35 : 37)

Angan-angan yang sia-sia belaka…Hari-hari dunia adalah hari-hari ‘amal, bukan perhitungan dan pembalasan. Tapi hari-hari akhirat adalah hari-hari perhitungan dan pembalasan, bukan ‘amal !

Tentang penghuni surga yang mengangankan dunia, ‘Abdullah ibn Mas’ud radhiallahu ‘anhu meriwayatkan : “ Sesungguhnya para syuhada’ itu bagaikan burung-burung hijau yang lepas bebas di surga ke mana saja ia mau. Kemudian ia akan kembali pada pelita-pelita yang bergantungan di ‘arsy. Dan ketika mereka berada dalam keadaan seperti itu, muncullah Rabb mereka di hadapan mereka seraya berkata : “Wahai hamba-hambaKu, mintalah kepadaKu apa saja yang kalian inginkan !”.

Mereka pun berkata : “Wahai Rabb kami ! Kami meminta padaMu agar Engkau mengembalikan ruh kami ke dalam jasad kami, lalu Engkau kembalikan kami ke dunia hingga kami dibunuh sekali lagi di sana (di jalanMu).”

Maka tatkala Allah melihat bahwa mereka tidak meminta selain hal itu, Dia pun meninggalkan mereka.” ( HR. Muslim)

Allah telah mengetahui bahwa mereka, para syuhada’ itu akan meminta untuk dikembalikan sekali lagi ke dunia dan bahwa mereka tidak akan dikembalikan ke dunia. Namun Allah Ta’ala hendak memberitahukan kepada orang-orang mu’min yang masih hidup di dunia bahwa kelak cita-cita mereka di surga adalah mati terbunuh di jalanNya. Ini tidak lain agar mereka semakin terdorong untuk meraih itu.

Sungguh jauh perbedaan antara kedua angan-angan itu. Sama-sama berangan untuk kembali demi melakukan amal shaleh. Namun yang satu karena merasakan dahsyatnya siksa neraka, sementara yang lain karena telah merasakan ni’mat yang tiada bandingnya.

Seorang salaf bernama Ibrahim At Taimy rahimahullah pernah mengatakan : “Aku membayangkan diriku berada di dalam surga, memakan buah-buahnya, memeluk bidadari-bidadarinya yang perawan dan menikmati segala kenikmatannya. Lalu aku berkata kepada diriku sendiri : “Wahai diriku ! Apa sesungguhnya yang engkau angan-angankan saat ini ??”.

Ia menjawab : “Aku mengangankan untuk dikembalikan ke dunia agar aku dapat menambah amal-amal yang menyebabkan aku mendapatkan semua nikmat ini.”

Lalu aku membayangkan diriku di dalam neraka. Dibakar dengan apinya yang menyala-nyala. Dipaksa untuk meminum air hamim-nya yang dipenuhi darah dan nanah. Dan memakan buah zaqqum-nya yang menjijikkan. Maka aku berkata pada diriku sendiri : “Apakah yang engkau inginkan saat ini ??”

Ia menjawab : “Aku ingin dikembalikan ke dunia lagi agar aku dapat mengerjakan amalan yang dapat menyelamatkan aku dari siksaan yang mengerikan ini.”

(Setelah membayangkan itu semua), akupun berkata pada diriku sendiri : “Wahai diriku ! Engkau telah mendapatkan angan-anganmu itu. (Kini engkau masih berada di dunia), maka segeralah beramal !”.

Sahabatku,
Bahkan ada seorang ulama salaf yang pernah menggali lubang kuburan untuk dirinya sendiri. Bila ia mengalami dan merasakan kejemuan dalam beramal, ia pun turun ke dalam lobang itu. Di sana ia menyelonjorkan tubuhnya. Lalu berkata : “Wahai diriku ! Anggaplah sekarang ini engkau telah mati dan telah berada dalam liang lahadmu, apakah yang engkau inginkan ?”.

Maka ia pun menjawab : “Aku ingin dikembalikan lagi ke dunia agar aku dapat beramal shaleh.”
Ia lalu mengatakan kepada dirinya sendiri : “Sekarang engkau telah mendapatkan apa yang engkau inginkan. (Engkau sekarang masih hidup di dunia). Bangunlah dan kerjakanlah amal shaleh itu !”.

Demikianlah sahabat. Jika engkau mengetahui tentang para penghuni kubur itu, engkau akan tahu apa yang selalu mereka angan-angankan. Mereka selalu mengangankan dapat bertasbih persis seperti yang engkau lakukan saat ini, walau hanya sekali saja. Mereka akan iri melihatmu tegak mengerjakan shalat. Duhai, andai kami dapat mengerjakannya walau hanya satu raka’at saja, begitulah kata mereka. Jika dahulu di dunia mereka adalah pemilik kekayaan yang melimpah, maka di sana, di alam kubur itu, mereka berharap dapat bersedekah meski hanya serupiah dua rupiah. Yang penting ada tambahan catatan kebajikan di sisi Allah. Yah, jika engkau berada di tempat itu, seperti itulah angan-anganmu sepanjang waktu.

Ibn Qudamah rahimahullah meriwayatkan dalam Washiyat-nya (hal.13) bahwa suatu ketika ada seorang laki-laki yang mengerjakan shalat dua raka’at di samping sebuah kuburan. Setelah itu ia bersandar hingga tertidur. Dan di dalam tidurnya ia bermimpi seperti melihat penghuni kubur itu berkata padanya : “Menjauhlah dariku !! Engkau telah menyakitiku. Demi Allah, sungguh dua raka’at yang engkau kerjakan itu jika saja aku yang mengerjakannya, maka ia jauh lebih aku sukai daripada dunia beserta isinya. Sungguh kalian yang masih hidup ini selalu beramal tapi sama sekali tidak mengetahui hakikat kematian ini. Tapi kami, kami telah mengetahuinya namun kami tidak dapat lagi mengerjakan amalan apapun.”

Maka, sahabatku…
Sadarilah bahwa masa hidup kita sungguh terbatas. Nafas kita hanya berbilang. Setiap tarikan dan hembusan nafas tak lebih dari sebuah pertanda bahwa usia kita di dunia telah berkurang. Sungguh sangat singkat usia duniawi kita ini. Karenanya, setiap penggalan bahkan setiap bagian terkecilnya adalah permata yang tak ternilai dan tiada bandingnya. Ingatlah, bahwa dengan kehidupan yang singkat ini akan terjadi sebuah kehidupan yang abadi, abadi dalam kenikmatan atau abadi dalam azab yang penuh pedih-perih.

Bila kita mencoba membandingkan kehidupan ini dengan kehidupan akhirat, akan sadarlah kita bahwa setiap nafas itu berbanding lebih besar daripada beribu-ribu tahun di akhirat ; entah itu dalam kenikmatan yang tak berbatas atau sebaliknya.

Karenanya jangan sia-siakan permata umurmu tanpa melakukan suatu amalan. Jangan engkau biarkan ia pergi tanpa mendapatkan balasan yang setimpal. Bersungguh-sungguhlah agar setiap tarikan nafasmu tak pernah kosong dari keshalehan dan taqarrub padaNya. Sebab jika engkau kehilangan sebutir permata duniamu, betapa sedihnya hatimu…Tapi bagaimana jika yang hilang adalah permata akhiratmu ? Bagaimana mungkin engkau tega menyia-nyiakan dan membuang detik-detikmu begitu saja ? Bagaimana mungkin engkau ‘tenang-tenang’ saja, padahal semakin banyak jejak-jejak usiamu di dunia ini yang terhapus ?

Bayangkanlah jeritan penyesalan para penghuni kubur dan neraka itu. Air mata darah sekalipun tak memberi mereka jalan untuk kembali ke dunia. Sia-sia belaka. Sahabatku, kini, aku dan kau masih di sini. Yah, masih di dunia fana ini. Tempat kita menyemai tanaman akhirat. Maka segeralah beramal!

*copy di sini

Thursday, 22 December 2011

Daurah Tahfiz

Alhamdulillah.. Selesai jugak penutup daurah tadi.. Sijil telah disampaikan oleh Ustaz Khubaib untuk banin & Mlmh Nora untuk banat.. sepanjang daurah ni aqilah boleh 3 setengah juzu'.. syukur gak la dari dok umah dok megadap komputer, tv 24 jam.. banyak jugak yang kita boleh ambik dari daurah ni.. tapi masa dok dalam daurah tu kan aqilah rasa tension sesangat.. macam nak lari balik ja.. tapi pikir2 baik umi ayah dah bayar utk daurah.. penat tu memang penat..tapi penat tu berbaloi.. Ganjaran bagi orang yg hafaz Al-Quran ni banyak..


Ganjaran di dunia
Selain ganjaran-ganjaran di akhirat yang dijanjikan dalam Hadis Nabi S.A.W terhadap golonganHamlatul Quran, terdapat juga ganjaran di dunia yang diberikan terhadap mereka. Rakan sayaUstaz Asraff menyatakan bahawa :
  • Penghafaz al-Quran merupakan VVIP Allah S.W.T di dunia.
“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.”(Riwayat Ibnu Majah)
  • Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.
“Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Riwayat Muslim)
  • Penghafaz al-Quran mendapat certificate (pengiktirafan) dari Nabi S.A.W.
“Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Riwayat Bukhari)
  • Al-Quran menjanjikan kebaikan.
“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Qur’an dan yang mengajarkannya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ganjaran di akhirat
  • Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.
Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)
  • Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong)
Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)
  • Penghafaz al-Quran mendapat bonus berlipat kali ganda.
Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf (Riwayat Tarmizi)
Oleh itu tidak hairanlah ramai ibu bapa berlumba-lumba mengimpikan anak-anaknya menjadi penghafaz al-Quran. Marilah kita berdoa agar dalam keluarga kita mempunyai sekurang-kurangnya seorang penghafaz al-Quran.
pastu kan hari ni kan keluar result PMR.. gi la tgk kakak2 amek slip PMR..takut sangat..org lain yag amek kita yg takut lebih plak..huhu~ pastu kan aqilah sedih sangat.nagis siap!!.. x tau sebab apa.. mngki nnt x dapat dah jumpa dengan senior F3 ni dah  nnt..huhu..alhamdulillh tahun ni meningkat ke 6 orang dapat 9A..  3banin & 3banat.. banin: Hafizuddin basri, Syazwan& amru.. Banat : Adlina, Fadhlin & Fatimah.. Tahniah kepada korang ye. mabrok.. esok (23/12/2011) pakat2 beli sinat harian ye.. ada muka2 diorang..
Pastu kan 20/12/11 hari tu kan.. GUru kami, Mlmh Ruqaiyah balik dah Yamen..sedh sangat.. beruntung sapa yang mai daurah kali ni.. dapat jumpa mlmh kali terakhir..guru Quran yg paling kami sayang dah balik yamen..tunggu 4 tahun lagi..baru mlmh balik mlaysia.. masa tu mungkin Aqilah dah keluar dah kot.. x sempt gi jumpa Mlmh,,huhuhu.. sedih sangt,,
Banyak sanagt peristiwa yang berlaku dalam daurah kali ni.. Daurah tahun 2011 dalam ingatan. InsyaAllah..

Friday, 25 November 2011

Daurah Ilmu

Dah lepas daurah ilmu..huhu..daurah ni berlangsung dari 18/11-25/11 bertmpt di Pusat Pendidikan Al-Azhar,Jitra..daurah ni belajaq diniah..best sangat!! DAurah tahun ni ada tiga kelas; asas,pertengah &teras.. Aqilah kena duduk di kelas pertengahan..Sepanjang daurah ni.. aqilah belajar 5 subjek iaitu, Fiqh Hadis(al-mathurat) dengan Ustaz Sayuti Ramli..Tajwid(Thufatul Atfal) dari Ustaz Khubaib dari Yaman..pastu..Fikrah(Wasoya 'Asyaro) with Ustaz Munzir Sayuti..X terlepas jugak kami belajaq pasai Ulumul Hadis(Baiquniyyah) dengan Ustaz Sahroji..yang last..Qawaid(Thufatus Thaniah) Ustaz Muaz.. semua subjek yg telah dinyatakan tadi hanya boleh didapati di alam Universiti..tapi km sangat beruntung sbb dapat belajaq subjek yang macm ni..best sngat.. bagi aqilah subjek yang aqilah suka Fiqh Hadis(al-mathurat) dengan fikrah(wasoya 'Asyaro).. yang lain tu pon best gak..pelajaran waktu daurah tu berlangsung dalam masa 70 jam seminggu tu.. so dalam sehari tu,,kami belajaq selama 21 jam la noh..hebat gak noh..haha.. rugi sangat sapa yang x pi..dan syukran kepada tenaga pengajar..semoga Allah berkati apa yang diberikan oleh kalian..

Monday, 7 November 2011

Dacing Akhirat

Sebenarnya bukan senang hendak menulis sesuatu apatah lagi apabila tulisan itu boleh dibaca dan ditatap diseluruh dunia.

Sebagai manusia biasa, saya tidak lari dari melakukan dosa namun sebagai insan yang berjiwa hamba, yang ingin mencari redha Tuhannya demi mengejar kebahagiaan di akhirat kelak, menulis mungkin boleh dijadikan kupon pahala seandainya dilakukan dengan cara dan niat yang betul.

Arwah nenek saya pernah berpesan, guru-guru saya malah ibu bapa saya sendiri selalu berpesan, buatlah apa sahaja di dunia ini melainkan sesuatu yang ditegah oleh agama.

Saya terdetik hendak menulis kali ini. Biarpun ditengah-tengah kesibukan menyiapkan tesis yang perlu dihantar tiga minggu lagi. Tidak mengapalah, sementara menunggu hari cerah sedikit, saya menulis. Semoga Allah S.W.T bersama dengan saya di Subuh ini.

Sejak kebelakangan ini, soal hudud dibahaskan. Secara peribadinya, saya merasakan hukum ini tidak harus dibahaskan kerana ianya merupakan hukum Allah S.W.T, hukum Tuhan, hukum dari langit. Tidak perlulah kita hendak mempertikaikan ke'rasional'an hukuman itu dijalankan di negara ini.

Hukum Allah S.W.T, tidak pernah tidak relevan dengan masa. Islam adalah agama syumul, menyeluruh dan sentiasa relevan dan boleh diguna pakai dimana-mana dan pada bila-bila masa. Islam tidak pernah berubah. Jadi tak perlulah rasanya kita hendak berhujah soal hudud itu.

Hudud ialah soal agama, ia tidak perlu dipolitikkan. Jika tidak mahu laksanakan, diam dan jangan cuba hendak katakan perkara itu tidak relevanlah dan pelbagai lagi. Tetapi, bukankah itu panduan dari Allah S.W.T?

Pada saya, untuk melaksanakan hukuman hudud itu bukanlah sewenang-wenangnya boleh dilaksanakan. Allah Maha Adil. Bukannya kita nampak seseorang itu masuk ke rumah seseorang, kita katakan dia mencuri lalu harus dipotong tangan.

Tidak! Islam sangat adil. Kalau tiada saksi yang mencukupi, hukuman tidak akan dilaksanakan. Kenapa hendak takut? Hudud, perlaksanaannya boleh menjamin keselamatan dan keharmonian negara.

Baiklah, dalam penulisan kali ini, saya bukan hendak bercakap tentang soal hudud itu namun tentang bisanya lidah namun, kerana soal hudud dibangkitkanlah, penulisan ini dapat difikirkan. Bagus juga, sekurang-kurangnya saya perlu membuat ulangkaji sikit tentang ayat Allah S.W.T selain duduk membaca jurnal Sains sahaja.

Baru-baru ini, saya terbacalah beberapa keratan akhbar yang bersangkut paut dengan hukum ini dan banyak sekali pendapat dan pandangan daripada orang-orang yang ditemuramah itu. Namun sangat dikesalkan bila pandangan dan jawapan yang diberikan itu sangat dangkal dan kelihatan bodoh. Maaf kalau saya kataka, jawapan para penghibur (kadang-kadang membosankan) kita adalah sangat menjelekkan!

"Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan panggang mereka diatas api neraka. Setiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah S.W.T adalah Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Surah an-Nisa, ayat 56)

Kita memang mudah hendak bercakap itu ini kerana lidah tidak bertulang. Belit sana, belit sini. Tetapi haruslah kita ingat, setiap tutur kata kita itu ada dosa dan pahalanya yang tercatit. Kata-kata boleh menjadi pahala, dan kata-kata boleh menjadi dosa.

"Tiada suatu ucapan pun yang diucapkan melainkan ada di sampingnya malaikat pengawas yang selalu hadir." (Surah Qaaf, ayat 18)

Sebab itulah, di Akhirat kelak, lidahlah satu-satunya anggota yang akan dikunci dan tidak dibenarkan bercakap oleh Allah S.W.T kerana di dunia ini, terlalu banyak kerja lidah dan lidah boleh berbohong.
Jika dibenarkan lidah untuk berbicara kelak, sampai ke sudah pun tidak akan selesai pengadilan di Mahsyar dan ramailah orang akan berusaha membelit dan menipu untuk memiliki nikmat Syurga.

Allah S.W.T pernah mengingatkan Nabinya, Harun dan Musa sewaktu berdakwah kepada Fir'aun untuk menjaga tutur kata meraka.

"Pergilah kamu berdua kepada Fir'aun, sesungguhnya dia sudah melampaui batas. Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut." (Surah Toha, ayat 43-44)

Kata-kata yang baik akan melembutkan hati yang keras. Dakwah bukanlah suatu yang mudah. Ibarat menjaja kebaikan, susahnya hendak terima dan sekejap sahaja dilupakan berbanding dengan menjaja keburukan, sekelip mata sahaja kita akan percaya.

Dalam apa jua yang hendak kita katakan, berfikirlah dahulu impaknya. Lidahlah punca persengketaan berlaku. Lidahlah yang mudah mengadu domba, memfitnah, mengumpat, mencela, mengata dan segala-galanya.

Namun, lidah jualah yang menasihati, berzikir. Lalu, pilihlah, fungsi lidah yang bagaimana hendak kita bentuk dalam kehidupan kita. Hidup inikan suatu pilihan?

"Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam suratan amalnya). Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam suratan amalnya)." (Surah az-Zalzalah, ayat 7-8)

Kita jarang nampak soal kata boleh menjadi pahala. Namun percayalah dengan janji Allah S.W.T itu. Hatta mengalihkan pandangan dari memandang maksiat pun sudah dikira pahala, walaupun hanya sekadar jeling sahaja. Apatah lagi apabila kita mampu berkata-kata menegur sesuatu dengan niat menjaga agama. Subhanallah, itulah peringkat Iman yang paling tinggi.

Al-Quran ada menjelaskan ciri hamba Allah S.W.T yang cemerlang iaitu yang mendapat gelaran 'ibad ar-Rahman, iaitu mereka yang baik tutur katanya. Mereka yang apabila dihina atau dicerca oleh orang yang jahil (tidak berilmu), mereka tidak membalasnya kecuali dengan kata-kata baik dan indah.

Boleh atau tidak kita bersikap demikian? Akhlak kita, orang yang mencerca harus kembali dicerca. Tidak ramai yang berdiam diri dan meminta keampunan Allah S.W.T saat dicerca kerana merasakan 'diam tanda kalah'). Tidak patut, diamlah jika tiada satu perkara kebaikan hendak diperkatakan.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Dan hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu ialah orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik." (Surah al-Furqan, ayat 63)
"Wahai orang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar." (Surah al-Ahzab, ayat 70)

Akhirnya, marilah kita sama-sama muhasabah diri. Andai terkurang, marilah kita lengkapkan. Andai sudah terlaksana, marilah kita sempurnakan.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Orang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang tenteram." (Surah ar-Ra'd, ayat 28)

Perkara sebegini, akan menjadi dacing kita di Akhirat kelak. Sama ada ia memberat ke kanan, atau memberat ke kiri. Sabda Rasullullah S.A.W :

"Setengah daripada sebaik-baik Islam seseorang manusia itu iaitu meninggalkan ia akan barang yang tiada memberi manfaat di dalam Akhirat. "

 dipetik dari sini..

Tuesday, 25 October 2011

Muammar Gaddafi??

Baru2 ni aqilah ada dengar kawan aqilah cakap pasai Muammar Gaddafi nie.. sapa Muammar Gaddafi nie?? Muammar Gaddafi ni seorang pemerintah Libya yang memerintah selama 42 tahun lamanya.. sepanjang pemerintahan Gaddafi ni.. dia selalu menyusahkan rakyat dia.. kan kerajaan Libya ni kan kaya dengan bahan mentah cth.. Minyak.. sepatutnya rakyat dia pun dapat merasai keuntungan minyak tu..tapi Gaddafi ni bolot semua kat dia..so, ramai rakyat mati disebabkan Gaddafi..

Gaddafi mati minggu lpas kot!! ntah la.. x tau Gaddafi mati ble.. tapi yg pasti dia mati dahla..terkejut jugak la bila dengar Gaddafi dah mati dah.. sama ada nak sedih @ nak syok.. Kawan aqilah cakap jugak.. dia kna tembak..teruk jugak la rakyat dia blasah Gaddafi.. sampai berdarah-darah..kawan aqilah cakap :padan muka dia, sapa suruh memerintah dgn zali im.lebih kurang gutulah..bkn ingan dia kata pa.. pastu Aqilah backup la Gaddafi.. X baik la,rakyat dia nie pun satu.. dah la tembak mati, pastu pi seksa pulak.. biaq la dia, nnt Allah balas kat sana nnti.. pastu kawan aqilah bals blik.. apa plak nak ksian.. kan dia perintah libya dgn zalim pastu dia seksa rakyat dia plak tu.. mmg patut pon dia kena mcm tu pon.. kita kan kena bals Qisos kat dia..pastu aqilah pon senyap je..

tadi ada la terpikir pasai Gaddafi ni.. pastu trus search kat google.. ~ jenazah Gadaffi ~ pastu ada anak dia pon kena tembak mati.. tapi sebelum tu dia diberi minum air dan rokok sebleum ditembak sumber dia dari berita Indon.. pastu terjumpa vid nie.. sbnar x tgk lagi..takut nak tgk.. cara pembunuhan Gadaffi ni..hehe



tapi apa pon, kita ni sebgai mnusia yang berpangkat ke x berpangkat ke..kna respect org len.. x leh tindas2 org.. kalu tindas jadi macam ni la jadinya.. so yang mempunyai kuasa tu, jangan salah kan kuasa ye!! :)... biarlah korang nilai sendiri mana baik mana buruk..dan biarlah amlan Gaddafi ni dinilai sendiri oleh Allah.. x mau la.. x mau cakap pa2 lagi dah.. takut diri ni yang berdosa cakap pasai orng..kita??..so sama2 la kita ingat mengingati sesama insan..